Ketika sedang di-ruqyah (mengubat kerasukan jin secara Islam),
tiba-tiba seekor jin dari golongan Ifrit telah terlepas cakap kerana
kesombongan. Lalu telah menceritakan beberapa perkara ghaib (rahsia)
antaranya: bagaimana syaitan dan iblis merosakkan anak Adam, bagaimana
golongan jin sendiri ditipu, dan pengakuan bahawa projek illuminati
adalah 'brainchild' Iblis untuk menyambut al-Masih ad-Dajjal.
Sifat sombong jin berbangsa Ifrit telahpun disebut dlm al-Quran:
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu
sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah
kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah". (27:30) Kerana mereka
sering bersikap sombong kepada manusia, akhirnya jin tersebut telah
"berkongsi" beberapa hal besar, dan membenarkan hadith dan ayat-ayat
Quran tentang sifat dan kerja-kerja syaitan dan Iblis.
Semoga dapat dijadikan iktibar, dan meningkatkan iman .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan